|
|
| Tuesday, 25-Nov-2008 20:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Konvo Tadika Al-Hidayah 2008
|
|
              
Kali ni nak share picture n video masa hari konvo tadika tmpt Faidhy sekolah.
Konvo ni actually happened on Nov 16th, tp tak sempat nak upload cepat. Kira tahun
ke-2 ler ni. This year Faidhy take part dalam tarian 60-an you! Tak sabar rasa nyer
nak tunjuk gambar2 ni kat org kg. Tahniah pd pihak sekolah sbb persembahan
tahun ni more Islamic n tak meleret mcm last year. Except for that tarian 60-an ler
sbb lari dr 'tajuk' asal..... Jgn lupa click pd pic utk on video ye.....
Ini ler tarian 60-an nyer.... Klakar giler tgk video ni. partner Faidhy tu Nai'sha nama nyer.
Actually this pemalu gurl dah warning parents dia awal2. "Klu mama amik gambar kakak,
kakak tak mau menari". Sekali tu masa kat pentas ramai lak 'wartawan' yg snap pic/video....
Baik ler anak bujang ku itew sporting n slumber... Apa2 pun sempat ler ayah nai'sha snap
curi2. Lg 1 citer nak share. Masa lg 1 week nak konvo saja ler tanya Faidhy. " Abg masuk
apa masa konvo nanti". Faidhy jwb, "Abg masuk tarian lilin". Smp ler pagi masa nak
gerak tu baru dia reveal yg dia masuk tarian 60-an ni.... Rupa2 nyer dia nak masuk tp
dah cukup quorum.... Erm alahai.....
Ini ler tarian lilin nyer..... Gurl yg difocuskan masa 5 saat terakhir tu cantik tarian nyer.
Naili nama nyer.... Tp sorry le yer sbb tak amik full sbb nak jimat bateri.... Kira tarian
lilin n tarian 60-an ni persembahan dr student 5 tahun.
Yg ni lak pantomime. Tajuk dia "Kisah Raja Namrud". Pandai betul budak2 ni berlakun.
Ni persembahan dr student 6 thn.
Raja Namrud - 2
Lepas video Raja Namrud 1 td ingatkan dah abis, skali tu ada lg da....
Tarian ala-ala arab berlatar belakangkan lagu waheeda ' Wassini'. Layanzzz......
ente gelek lah..gelek lah.... ( ala-ala pelat P.Ramlee ) Ni pun student 6 thn klu tak silap.
Dikir Barat berlatar belakangkan lagu rabbani klu tak silap.
urusetia yg kat atas pentas tu ler cikgu kelas Faidhy. Cikgu yatie nama nyer.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Nov-2008 14:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BreastCancer
|
|
Tag dpt dr Atty. Semoga dpt memberi manfaat pd semua.....
Untuk maklumat lanjut .klik di sini.
http://beautybenefit101.blogspot.com/2008/10/pink-october-breast-cancer-awarness.html
| Quote: | Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara
Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar.
Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara?
Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.
Pesanan utama
1. Mengetahui faktor risiko akan memutuskan sama ada anda perlu atau tidak pemeriksaan saringan.
2. Sekiranya anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda selamat. Ramai wanita yang mengidapi kanser tidak mempunyai riwayat keluarga atau mempunyai faktor-faktor risiko
3. Kanser payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan rawatan sebelum kanser itu merebak
Faktor–faktor yang dikenal pasti
Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti
Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)
Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara
Perbezaan geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika (sila lihat Barah Payudara - Permasaalahan serius)
Riwayat kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
Riwayat keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.
Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui.
Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85%
Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser payudara.
Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal.
Adanya riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.
Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.
Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.
Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku
Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik
Status socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan
Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.
Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.
Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan.
Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti.
Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya.
Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi. |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Oct-2008 14:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
How sweet.........
|
|
Ini ler kerenah anak2 koyien klu time tido.... Tp klu time memain, nak runtuh umah dibuat nyer........ . Layan jer......
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Oct-2008 13:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
'Kerusi Makan' Makeover
|
 |
|
b4 makeover. Buruk kan?
|
|
 |
|
after makeover!
|
|
|
Ni nak share pic makeover kerusi yg dibuat masa pertengahan raya aritu.
Klu ikutkan rasanyer smp hari ni blm tentu siapnyer.Masalah nyer barang keperluan
sumer dah ada, tp nak mulakan projek tu yg malas ( senang cakap ). Baik ler
member masa keje dulu nak dtg beraya kat umah. So, 2 hari lsblm smp masa nyer
pulun ngan hubby makeover kerusi ni. Kos nak buat tak seberapa. Beli kain n plastik
3 meter.Pastu kene beli stapler besar yg org setting khemah kenduri kawen slalu
guna tu. Ini ler hasil nyer!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Oct-2008 18:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nostalgia Aidilfitri 1429H.......
|
|
              
Ni masa kat umah in-law
Ni parents koyien. Masa tengah update kat sini baru perasan yg tema
baju raya mak sama ngan in-law tahun ni. Dah ler cat dinding pun sama.
Ayong's Famili
K.Net's Famili. Ni sebenar nyer cousin hubby tp in-law bela sejak baby.
Kira dah jd siblings ler
Cerita dr umah in-law
Beginilah ragam kami sekeluarga setiap kali hari raya. Sebaik sahaja kaum bapa
pulang dr solat Aidilfitri kami adakan sessi bermaaf2an dan sessi bergambar. Tahun
ni Acu's famili tak dapat bersama kerana turn beraya di Kedah. Tahun ni pg
raya tu macam lancar skit. Semua persiapan tersedia awal. Pukul 10 kami dah mula
bergerak keluar dr umah in-law. The best part is, tahun ni hubby dengan murah hati
ajak koyien balik umah parent Krubong terus. Kebiasaannya kene gi umah nenek
hubby dulu. Dah masuk Zohor baru sampai umah mak sendiri.
Cerita dr umah parents koyien lak
Walaupun adik-beradik koyien jauh lebih ramai dr siblings hubby tp kami jarang dapat
bersatu pagi raya. Almaklum, adik2 koyien ramai perempuan. Masing2 ada
tanggungjawab pd hubby masing2. Dapat lak kami jenis malas nak gaduh2 bab raya.
Kebiasaan nyer koyien & Alang memang tak dpt tido umah mak malam raya sbb MoU
masa kawen 1st raya umah in-law dulu.Reason, kami the only one menantu
pompuan. Lepas solat baru balik umah parents sendiri. Uda duk Perlis, raya ke-10
baru dia smp Melaka sbb FIL dia baru meninggal tengah2 poser aritu. Uteh tahun ni
kene 'dera' ngan bos suruh keje pagi 1st raya. Tu yg kat atas tu, pic anak dia jer yg
ada. Anjang yg keje kat Lukut tu tahun ni dpt 1st raya kat kg. Dia ler yg jd cameraman
pg tu. Itupun t/hari dah kene masuk keje smula. Andak lak tahun ni last ler beraya sbg
'anak dara', tahun depan dia dpt 'title baru'
Gambar ni masa gi open house rumah adik MIL. Dia buat open house 1st hari
raya selepas solat maghrib. Sementara parent masing2 sibuk makan, dia orang
'umpankan' budak2 main bunga api. Nasib baik pak polisi tak dtg serbu...
Ini gambar famili auntie Ila ( isteri arwah uncle Rosli- adik abah ). Memang setiap
tahun dia akan datang umah mak pd 1st day hari raya. Memang sejak arwah masih
ada lg. Arwah meninggal seminggu selepas koyien kawen. Pernah ada lelaki
yg nakkan auntie ni tp terpaksa tolak sbb anak2 tak setuju. Cuma anak sulung
dia je yg 'luluskan'.
Ni gambar kene paksa ngan hubby. Dia nak masukkan dlm h/phone dia. Masa ni
dah raya ke-4. Baru lepas suap Fayyadh mkn sblm ke rumah cousin hubby. Dia buat
open house @ tunjuk umah baru lepas renovate. Lepas ke rumah open house terus
ke Semenyih.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 14-Oct-2008 12:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenangan Ramadhan 1429H..........
|
|
Masa ni tgh shopping baju raya. Faidhy tgh demam, tak larat nak jalan tu yg duk
dlm stroller. Fayyadh lak kepenatan sbb sakan berlari. Tahun ni memang tak senang duduk
nak shopping sbb Fayyadh dah lasak.
Ni masa malam raya. Setiap kali malam raya dah jd tugas utama koyien
masukkan beras dlm daun ketupat tu. Tahun ni best skit sbb Koyien dah berjaya
anyam ketupat sendiri setelah bertahun2 belajar. Koyien bersungguh2 nak belajar
sbb segan ngan hubby. Dia lebih expert bab menganyam ketupat ni
Setiap tahun apabila menjelang Syawal taman area umah in-law akan ada
group yg dtg dr rmh ke rmh takbir raya. Cuma 2 tahun kebelakangan ni dah makin
kurang anak2 bujang yg bertakbir. apa yg tinggal hanya anak2 kecil yg diharapkan
menjadi pelapis dan meneruskan amalan tradisi ini......
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Sep-2008 03:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
Mohd Fairos,Zerin, M. Faidhy Zahin & M. Fayyadh Zareef
Dpt 1st kad raya dr Nurul. Tq sbb masukkan nama koyien dlm penerima kad raya tahun ni...
2nd kad raya dr Zai Kulim. Thanks Zai.....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Sep-2008 16:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Birthday Andak....... ( 28/07 )
|
 |
|
antara menu masa tu.....
|
|
 |
|
abah baca doa.... tunang andak pun datang
|
|
 |
|
kek.... share nama
|
| | View all 6 photos... |
|
Masa balik umah aritu kebetulan kene ngan tarikh lahir Andak. kami lahir pada bulan yg sama cuma koyien 25hb while Andak 28hb. So, tumpang sekaki je ler. Mana tau dia nak buat makan2. Lgpun Andak memang tak leh nak berkira sgt ngan koyien sbb dia selalu 'paw' time koyien balik kg.... Koyien tolong sponsor kek jer........ Ok le tu andak......
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Sep-2008 15:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dinner @ Ikan Bakar Terapung Umbai, Melaka.....
|
|
Actually dinner ni asal nyer jemputan dr alaong ( SIL ) to celebrate her 3rd pregnancy. Yelah setelah 6 tahun tak pregnant. Tp tukar tuan lak. Hubby lak yg belanja sbb celebrate dapat best performance 3 tahun berturut2...... So, next year dia kata nak rehat lak. Bg peluang kat orang lain lak......
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Sep-2008 15:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan @ Mahkota Parade Malacca
|
 |
|
kuda tu kecil tak padan ngan abg tp dia nak naik gak.......
|
|
|
 |
|
dah lama abg nak buat benda ni tp kat Kuantan dah susah cari....
|
| | View all 8 photos... |
|
Masa ni on the way back from PJ Hilton Hotel. Ni sambung cuti balik Melaka lak. 4 hari 3 mlm di sana cukup untuk buat otak jd tepu. Klu nak berjalan2 time hubby having course memang susah sikit. Tggu ler kids besar sikit to up my confident level. Actually that day was my birthday. Hubby singgah MP konon2 nak belikan hp memandangkan hp koyien rosak Fayyadh baling. 4-5 bulan gak ler tak der hp. Tp x der hal ler sbb duk umah jer. Hp tu guna time emergency je. Ye ler time jalan2 kot tersesat.... Senang hubby nak keep track bini dia ni....... Tp koyien tak amik hp yg hubby belikan tu. Mahal sgt utk seorang surirumah. So, Koyien tukar pakai. Koyien amik Dopod hubby n hubby guna E66 tu. Sesuai le utk dia yg berkerjaya. Lgpun hubby dah 3 thn berturut2 dapat best performance. So, anggaplah sbg hadiah utk diri dia sendiri yg penat bekerja............
|
|
|
|